Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Sunday, February 27, 2011

Pemandangan Bukit Buloh


Bukit Buloh sudah tidak asing lagi kepada penduduk Pulai Chondong dan sekitarnya. Ini kerana bukit tersebut kelihatan berwarna batu bukit putih keperangan. Bukit ini telah ditarah setelah dijadikan kuari. Mungkin bukit ini mula diteroka seawal tahun 60an lagi. Mungkin suatu masa nanti bukit ini akan hilang dari pandangan. Walaubagaimanapun industri ini banyak memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan. Jika dahulu setiap hari Jumaat dikawasan bukit ini jika hampir waktu Zuhur jam 12 tengah hari akan kedengaran letupan kuat atau sebedo untuk memecahkan batu. Dahulu terdapat juga aktiviti mencari batu permata disini hingga ada yang terkorban nyawa kerana tertimbus pasir/batu. Sedikit sebanyak keindahan pemandangan sawah padi berlatarkan bukit yang kehijauan terjejas. Namun bukit ini sudah lama menjadi mercu tanda Pulai Chondong atau trademark bagi mereka yang berkenderaan melalui jalan raya.

Wednesday, February 23, 2011

Penapis

Penapis ini digunakan untuk menapis susu getah apabila dituang dari dalam baldi kedalam palung getah. Bahan untuk membuat penapis adalah dari paku pakis serta rumput dan lain-lain daun yang sesuai. Susu getah perlu ditapis agar tiada bahan yang tidak perlu bercampur dengannya dan ini akan mengurangkan mutu getah. Walaupun ditapis kadang-kadang berlaku juga ada benda asing yang termasuk kedalam palung dan bila hendak dimesin perlu dibuang benda tersebut dan sedikit sebanyak akan mencacatkan getah keping tersebut tetapi bila dimesin dengan mesin getah bunga akan menghilangkan kesannya. Begitulah telitinya orang dahulu menjaga mutu getah keping. Sekarang semua proses tersebut tidak perlu lagi cukup dengan hanya dibekukan dalam bekas plastik dan terus dijual.

Wednesday, February 16, 2011

Email Dari Pembaca - RAGI

Di hujung kg dsn buluh ada seorang pengusaha ragi kecil2lan...sungguh unik..saya cadangkan dimuatkan gmbr2 proses membuat ragi ke dalam laman dsn buluh..sbb kbyakn daripada kita tdk tahu bagaimanakah proses ragi dilakukan...sungguh menarik tetapi saya belum lagi berpeluang melihat sepenuhnya proses tersebut...
saya tidak tahu nama penuh pembuat ragi tersebut.. seorang lelaki cina bernama Awe...penjual buah durian,rumahnya berhadapan dengan rumah Mat zaid,tokey kedai runcit pulai chondong... selang sebiji rumah selepas rumah.....(rumah cikgu harun)

Tuesday, February 8, 2011

Klinik Desa Kampung Bandar


Klinik ini baru siap pembinaannya menggantikan klinik lama yang diperbuat dari kayu. Klinik sekarang kelihatan tersergam indah dan mengekalkan ciri klinik lama iaitu tiang lantainya yang tinggi.

Wednesday, February 2, 2011

Sawmill Jaya Bina Jadi Sdn Bhd Pulai Chondong





Somil atau kilang gergaji papan/kayu ini terletak di Pulai Chondong simpang empat menuju ke Sekolah Arab dan ke Kampung Jenereh Bongkok. Dahulu kilang ini sibuk dan ramai pekerja. Jika di Kampung Dusun Buluh yang bekerja disini ialah Abang Lui. Abang Lui sudah meninggal dunia beberapa tahun lepas. Beliau bekerja disana dengan menaiki motor honda cabnya. Ada juga kawan yang bekerja sebagai pengasah mata gergaji.