Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Tuesday, October 27, 2009

Stamp Pad Daun Sirih

Jika dulu untuk tandatangan buku kemajuan sekolah rendah biasanya ibubapa menggantikan dengan cop ibu jari sahaja. Ada juga yang tandatangan sendiri saja tanpa pengetahuan penjaga. Jadi jika memilih menggunakan ibu jari maka dakwatnya dibuat dari daun sirih. Caranya dengan membasahkan daun sirih dengan minyak benar dan kemudian layur atas api pelita tanah maka akan melekat jelaga berwarna hitam. Seterusnya ambil ibu jari diletak atas daun sirih macam stamp pad.

Wednesday, October 21, 2009

Saklar


Saklar atau circular ini akan dijatuhkan ditepi jalan dari kenderaan sambil diwar-warkan dengan menggunakan pembesar suara apabila pada malam nanti ada ditayangkan sesuatu filem dipanggung wayang Mata Ayer. Kita budak-budak memang seronok mengutipnya dan mendapat maklumat kerana sudah boleh membaca. Walaupun belum tentu dapat menontonnya tapi memang ingin sekali untuk kesana. Disamping saklar akan dipasang lagu-lagu seperti hindustan diatas pokok ditepi panggung wayang yang mana kita dapat mendengarnya dari jauh. Kemeriahan acara ini memang dapat dirasakan kerana masa itu filem dan lagu hindi amat popular disamping filem Indonesia.

Saturday, October 17, 2009

Pak Muda Hamat Kembali KeRahmatullah

1. AlFatihah. Beliau dari Kampung Pengkalan Kiat ayah Umar, Fauziah, Jaya juga Enon meninggal di Bukit Panau jam 4.00 pagi tadi.

Thursday, October 15, 2009

Honda Cup


Motosikal Honda 70 cc jika ditahun 70an dikira sudah memiliki kenderaan yang selesa untuk kesana kemari. Pada masa itu model ini amat popular. Jika sebelum itu ialah 50 cc. Jika di Kedai Pulai Chondong ada satu woksyop motor yang sebaris dekat dengan Tok Kong cina. Jika di Kampung Dusun Buluh pula dahulunya Pak Cik Soh ayah Fauzi baru membeli motor ini dan ia sentiasa meletak/park motor yang baru dibeli dekat kedai mee Ismail menantu Pak Mejah sebelah petang. Jadi kita orang sempatlah melihat-lihat nya dan jadi tontonan kerana baru dibeli dan masih berkilat dalam kertas. Begitu juga dengan Pak Lui ayah Ila pun ada motor ini yang digunakan untuk bekerja di sawmill Pulai


Chondong. Jika di Kedai Pulai Chondong ramai pemiliknya.

Di Surau Kerawang motor jenis ini juga ada dimilikki oleh Ustaz Mat yang mengajar diseberang mungkin sebelah Tanah Merah dan beliau selalu berulang alik melalui Penambang Pengkalan Kiat. Sekarang motor ini sudah naik harga kerana permintaannya tinggi.


Posted by PicasaPokok getah pagi ditoreh
Diatas bukit pula mendaki
Honda cup serba boleh
Berjasa dulu hingga kini

Monday, October 12, 2009

Madubala

Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior. Tapi jika bernasib baik dapatlah guna minyak madubala yang berwarna hijau yang dibotolkan. Minyak ini jika dibeli secara borong akan diikat botolnya satu dozen macam air lamonade atau kicap/budu.

Walaubagaimanpun madubala mungkin namanya dari aktress filem hindi.

Madhubala, One of the most beautiful actress to grace the Indian silver screen, was envisaged early in life, to live a life of fame and die at a young age...this tragic phenomenon, famed for her beauty, natural grace and glamour lives on as a legend in the minds of millions of movie goers. Mumtaz Jehan Begum Dehlavi alias Madhubala was born on 14th February 1933 in a poor, conservative family of Pathan Muslims in Delhi. She was the fifth of eleven children. Her father Ataullah Khan a coach man in Delhi migrated

Madhubala dreamt of becoming a movie star and she and her father tried for a break in the Hindi film world. Bombay Talkies provided Baby Mumtaz her first break in 1942 in their film Basant as a child artist when she was only 8 years old. Devika Rani, the proprietor of Bombay talkies and a leading actress of those days impressed by her performance re-christened her Madhubala and she was to act in their next film 'Jwar Bhatta' which incidentally introduced Dilip Kumar. But this did not materialise and she did a number of inconsequent films as a child artist. Though inconsequential, these films may have provided a training ground for young Madhubala who later emerged as a poised and elegant actress. During this period she was also slowly emerging as a beautiful woman. In 1947, barely 14 years she got her first break as a heroine against another debutant Raj Kapoor in 'Neel Kamal' directed by Kedar Sharma. Even then she had to struggle for some more years to attain stardom.

Thursday, October 8, 2009

Balling Dari Kantung Buah Getah

Jika musim buah getah setiap tahun maka banyaklah buah getah dikebun getah. Jadi tidak sunyilah kedengaran bunyi letupannya terutama waktu tengah hari. Kantung buah getah ini boleh digabungkan dan dijadikan balling dengan ditiup dan akan berpusing. Kantung ini akan diletakkan diantara dua jari telunjuk dan ibu jari.
Posted by Picasa

Sunday, October 4, 2009

Batu Langsat Di Sungai Kelantan Berhadapan Bukit Panau

Batu Langsat ialah sebuah bungkah batu besar yang terletak di Sungai Pasir Bandar. Ia sudah lama terletak disitu dan bebudak suka kesana. Antara sebabnya ialah kedudukannya ditengah sungai dan sambil itu mencari ikan samada menggunakan senapang ikan. Jadi jika tidak sampai ketempat ini adalah satu kekurangan bagi budak-budak dikawasan sekitarnya atau sekurang-kurangnya tahu keujudannya dengan melihatnya. Batu ini dikira mercu tanda disini. Jika dulu jika ke bandar Pasir Mas menaiki kapal tentu akan melalui hampir dengan batu ini.
Batu Langsat ditengah sungai Teguh terletak berkurun lama Bebudak kesana beramai-ramai Mencari ikan dan mandi bersama Posted by Picasa

Thursday, October 1, 2009

Daun Kesum


Daun Kesum ini jika di Kampung Dusun Buluh dahulunya banyak kedapatan ditepi telaga depan Balai Sah Ustaz Husin. Disitu juga ada terdapat pokok limau dan pokok jambu butir banyak. Daun kesum ini ditanam oleh Pak Tengah Leh. Beliau ini sentiasa berinteraksi dan tidak jemu berbual mesra dengan bebudak macam kita, tapi orang dewasa kurang melayannya kerana beliau ini pernah pergi keluar Kelantan menuntut. Beliau ada seorang anak dan tinggal dekat rumah Mek Wo Ismail Liverpool (bola). Apa pun daun kesum ini amat subur dan penjual nasi kerabu akan kesini membelinya dan petiklah sendiri dengan harga 1o sen sahaja.