Featured Post

Ikan

Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada...

Sunday, September 27, 2009

Cikgu Abdullah Lah Galang



Cikgu Lah adalah guru yang mengajar SMAS Pulai Chondong ditahun 70an. Ia tinggal di Kampung Galang. Ketika berulang alik kesekolah ia menaiki keretanya kalau tidak silap Datsun. Beliau sudah lama kembali kerahmatullah. Dahulu guru dapat mengajar murid dengan berkesan kerana dapat sedikit sebanyak dapat menggunakan body contact iaitu seperti menggunakan kekerasan tangan dengan niat mengajar. Jadi kita murid adalah merasa takut dan ambil berat untuk belajar.
Posted by Picasa

Friday, September 18, 2009

Gertak Lama (Jambatan) Kemubu


kemalangan pada Jun 2021


Gertak ini jika dahulu jika melaluinya dengan basikal waktu malam terasa seram juga maklumlah gelap dan tiada rumah orang. Tapi jika kedepan sedikit jika dari Bandar ke Kemubu ada kedai runcit dan Kedai Mee. Dan juga sebelum Gertak ini juga ada sebuah kedai mee. Juga ia menjadi tempat memancing. Pendek kata jika dulu jika teringin nak makan mee kuah maka kena datang kekedai yang berhampiran dengan gertak ini.Terkini ada juga kejadian dua orang berkereta terjatuh kebawah jambatan dan bernasib baik hanya mengalami kecederaan ringan. Berita di Kosmo digital berkaitan https://www.kosmo.com.my/2021/06/03/suami-isteri-nyaris-maut-kereta-terhumban-tepi-sungai/ 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

kemalangan Jun 2021

 









Wednesday, September 16, 2009

Simpan Air Batu


Dahulu tiada peti ais atau sebagainya untuk simpan air batu. Jadi satu caranya ialah tuan punya kedai akan menggali lubang empat segi dan dimasukkan abuk kayu dan dimasukkan ketul air batu dan ditimbus dengan abuk kayu tersebut. Permintaan air batu ini akan meningkat bila dibulan puasa yang seolah-olah jika berbuka tiada air batu macam satu kekurangan pula. Jadi bila petang kita pun pergilah kekedai runcit sebelum Sekolah Kebangsaan Bandar dan semasa balik dibeli pula air tebu. Apa yang diingat bau abuk kayu tempat menyimpan air batu ini dikira wangi.
Posted by Picasa

Saturday, September 12, 2009

Kasut BATA Badminton Master

Kasut ini ditahun awal 70an amat popular jika memakainya kesekolah menengah. Kasut ini dulunya jika dikedai runcit Pulai Chondong diletakkan didalam almari kaca Jenama BATA sahaja siap diletakkan harga. Harganya pula tetap tidak boleh tawar. Jenuhlah pula tuan kedai menjelaskan bahawa kasut ini harga tetap maklumlah orang kampung mesti mahu tawar walaupun sedikit. Ianya amat laris jika sebelum raya. Harganya pula $5.99. Kasut ini akan dipakai walaupun sehingga haus tembus ditapaknya.
Posted by Picasa

Monday, September 7, 2009

Buah Kemunting


Buah Kemunting amat popular diwaktu dulu zaman budak. Buah ini bermusim. Tempat yang banyak terdapat ialah di Estet Sungai Bagan dan Bukit China dan sekarang Kem Bukit China Desa Pahlawan Kok Lanas. Walaupun jauh berbasikal pergi pagi balik tengah hari tetapi kemeriahan bersama rakan masih diingati. Buahnya banyak dan disediakan bekas untuk dibawa balik dan rasanya manis. Buanya akan bertukar dari merah kehitam apabila masak.

Posted by Picasa

Thursday, September 3, 2009

Ubat Tujuh Enam Puloh


Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh. Dulu ubat ini digunakan untuk mengubati kudis. Budak pada masa itu jika berkudis sana sini adalah perkara biasa kerana maklumlah kurang menjaga kebersihan. Jadi jika berkudis diambil tablet ini dan dan dipecahkan halus dan dicampur dengan air dan ditampal pada kudis dan InsyaAllah berkesan.
Posted by Picasa